Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum.Nama ku Mohamad Nozry bin Jamali atau lebih dikenali sebagai Dino.Aku berumur 21 tahun dan berasal dari kuching Sarawak.Aku bekerja sebagai juruteknik komputer di salah sebuah organisasi yang dikenali sebagai Brooke Dockyard Engineering.Aku mulai meminati seni photography ketika berumur 17 tahun.Akan tetapi aku tidak mempunyai kekuatan atau dorongan untuk memiliki sebuah kamera digital.Aku hanya memiliki sebuah kamera digital compaq yang dibeli dengan harga 1k.Setelah aku meningkat kian dewasa,keinginan yang mendalam untuk mempunyai kamera dslr kian mendalam.Teman rapat ku yang juga mempunyai minat yang sama dengan ku telah pun membeli sebuah kamera dlsr model nikon d40x.Dengan itu,semangat aku semakin membuak-buak untuk memiliki sebuah dslr ku tersendiri.Alhamdulilah sekarang setelah aku mempunyai pekerjaan yang tetap,ia telah membantu aku untuk memiliki sebuah kamera yang aku idam-idamkan selama ini.Kini,aku menjadikan bidang photography sebagai pekerjaan separuh masa ku.Walaupun aku masih lagi baru di dalam bidang ini,namun aku tetap mempunyai semangat yang kental untuk memajukan diri ku dengan semangat dan dorongan daripada teman seperjuangan ku iaitu iswandi atau lebih dikenali sebagai wandy saeit.Dengan harapan aku akan berjaya di dalam industri ini.amin
Leave a Comment so far
Leave a comment